Followers

sahabat @ kawan ??

assalammualaikum ~~


setelah sekian lama tidak menulis,, akhirnya mendapat masa untuk menulis,,
mencari ruang yang ada untuk menulis sesuatu tentang sahabat..
apa itu erti sahabat,, mungkin susah untuk ditafsirkan.. apa beza sahabat dan kawan ??


pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. 


kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri.


ketiga :Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.

keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT.

sahabat sukar untuk dicari.. sahabat akan berada dengan kita tidak kira waktu,, sentiasa berada dengan walaupun dalam keadaan susah atau senang.. setiap masa berdoa semoga mendapat sahabat yang sejati.. saya menjumpai satu pesanan berkenaan sahabat..


1. Bersahabatlah saudara kerana mengharap keredhaan Allah, kerana Nikmat Ukhuwwah kerana Allah amat berharga.

2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah Azzawajjala.

3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari .

4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa berdoa kepada anda.

*ini dipetik dari para ulamak..







*memikirkan kebahagiaan yang akan datang,, masih mencari erti kebahagiaan