Followers

Maaf ~~

assalammualaikum..

Saya Saidatul Amirah ingin meminta maaf sekiranya ada :-

# membuat salah 

# terkasar bahasa 

# membuat kamu terasa

# menyakitkan hati

# menyinggung perasaan 

# membuat kamu menyampah

# terguna barang kamu

# terambil barang kamu

# makan makanan kamu

# cakap belakang terhadap kamu

# salah tafsir terhadap kamu

# dan lain-lain


saya meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki dengan niat yang tulus dari hati .. harap kamu dapat memaafkan saya.. saya cuma inginkan kejernihan dalam tempoh berkawan ini.. tidak mahu pergaduhan ataupun apa yang berkaitan..



*maaf ye kawan andai semua perkara diatas ada aku lakukan terhadap kamu..
*mula membuang segala rasa dalam hati untuk semester baru
*berharap semester akhir berjalan dengan lancar dan damainya 

tanda-tanda terkena sihir ..

Antara tanda-tanda apabila seseorang itu terkena buatan sihir ialah :-



i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

*untuk mengetahui lebih lanjut sila KLIK SINI..


* betapa tiada pegangan agama orang yang menghantar sihir kepada orang lain ..

blog yang usang..

assalamualaikum ~~

setelah berbulan-bulan blog ini dibiarkan berhabuk,,
akhirnya sai mendapat masa untuk menjengah ke blog diriku bukan dirimu ini,,
mengaharapkan untuk membuat pelbagai entry,,
 tapi waktu tidak mengizinkan..
walaupun hampir sebulan duduk rumah sempena cuti sem ni..
masa terlalau sibuk dengan mak dan ayah..membawa kemana sahaja mereka mahu pergi..
walaupun tidak sihat tetap bawa mereka keluar..
tidak mahu menghampakan mereka,,
sangat sayang dengan mereka berdua..
hanya berdoa mereka diberikan kesihatan..
mendoakan kesejahteraan mak dan ayah..
mendoakan mak sihat dari segala penyakit..

AMIN ~~~




*merindui kamu

sahabat @ kawan ??

assalammualaikum ~~


setelah sekian lama tidak menulis,, akhirnya mendapat masa untuk menulis,,
mencari ruang yang ada untuk menulis sesuatu tentang sahabat..
apa itu erti sahabat,, mungkin susah untuk ditafsirkan.. apa beza sahabat dan kawan ??


pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. 


kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri.


ketiga :Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.

keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT.

sahabat sukar untuk dicari.. sahabat akan berada dengan kita tidak kira waktu,, sentiasa berada dengan walaupun dalam keadaan susah atau senang.. setiap masa berdoa semoga mendapat sahabat yang sejati.. saya menjumpai satu pesanan berkenaan sahabat..


1. Bersahabatlah saudara kerana mengharap keredhaan Allah, kerana Nikmat Ukhuwwah kerana Allah amat berharga.

2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah Azzawajjala.

3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari .

4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa berdoa kepada anda.

*ini dipetik dari para ulamak..







*memikirkan kebahagiaan yang akan datang,, masih mencari erti kebahagiaan

perjalanan di pagi hari ...


assalammualaikum ~~

selamat berpuasa semua yang sedang membaca blog ini,, kesudian anda amatlah dihargai *masalahnya ada ke yang bace ?? hehe .. ok! semalam bersamaan 26 Ogos 2011 saya pulang ke kampung halaman setelah sebulan seminggu duduk di Port Dickson,, sangat rindu dengan rumah terutama sekali mak ngan ayah,, tapi nak wat macam mane kan,, di pD tujuannya untuk belajar.. so redha jela kan,, ok,, minggu sebelum balik raya adalah minggu yang sangat padat disebabkan exam yang berderet,, rasa kepala berat sebab banyak sangat baca,, banyak sangat study,, 


hari last kat poli, 25 Ogos ad paper MR dan kelas iklan,, kelas dibawa kehadapan,, sebab semua nak balik awal,, jadi lepas kelas uh sai ngan rakan serumah balik rumah sewa untuk kemas barang-barang,, then dalam pukul 5 gerak balik kampung syera khalid,, berbuka, tidur dan sahur di rumah nenek dia,, lepas sahur bebual sekejap sementara tunggu pukul 6 pagi untuk balik johor,, 


jam tepat pukul 7 pagi bergerak la kereta sai untuk balik johor,, naik melalui highway simpang empat.. perjalanan pagi itu agak slow sebab cuace yang sejuk dah gerimis yang mengundang,, di highway hanya banyak lori besar-besar,, dan sampai di johor dalam pukul 9.45 pagi..then tunggu umilauntuk balik kota saing,, pejalanan yang sangat penat,, tapi perlu ditempuhi,, dan akhirnya sampai juga dirumah pada jam 12.45 tgh hari,, sangat-sangat penat tetapi berbaloi sebab dapat jumpa mak ayah,, perjalanan selamat tanpa ada sebarang rintangan,,


Alhamdulillah,, 






*terharu tgok anor sebab menangis time sai,syera ngan intan bali,, kami hanya balik seminngu jela anor,, t kita jumpa lagi ye,, jangan sedih tau ..

menderita kerana encik BATUK !

Assalammualaikum ~~

sudah lama tidak menjengah ke blog ini,, nak kata tidak rindu, tipu lah kan,, mestilah rindu nak menaip entry.. tapi apakan daya,, masa tidak mengizinkan untuk menulis apa-apa entry,, lagipon malas nak online sebenarnya,, malam ini terpaksa la sempatkan diri untuk update blog ini.. sebab dah lama sangat x update,, rase macam dah x wujud dah kan blog ni,,

ha berbalik ke tajuk entry uh,, BATUK! ok,, sangat terseksa bila batuk di bulan puasa niw kan.. tekak terasa perit,, perut sakit sebab tahan batuk,, tapi apakan daya,, dugaan kowt.. terima jela,, ubat batuk dah habis,, tapi batuk x baik-baik,, apa agaknyer petua lain yang boleh digunakan untuk mengubati batuk ini,, api x nak ubat yang berunsur air la ya,, tidak menyukainya.. x sedap.. lebih rela menelan pil banyak-banyak dari telan ubat air,, eeewwww.. 




*maaf la ye,, entry kali ni pendek,, sebab tiada idea,, update sekadar untuk menampakkan tulisan di blog,, hehe


minggu-minggu akhir ,,

Assalammualaikum ~~

hye kawan-kawan semue,, *ada ke kawan-kawan ak yang baca entry nie? hurm,, hehe ... minggu nie merupakan minggu akhir sai kat umah,, nnti awal bulan dah kne balek ke pD,, yela kan nak menuntut ilmu,, so relakan jela hati nie untuk pulang ke sana,,  tapi minggu terakhir nie la banyak benda yang nak kne buat,, semua jadi macam x smpat,, 
nak print report pon x smpat-smpat lagi,, yela,, seminggu bole di katakan brape kali x de kat umah sebab nak settle kan benda penting,, 
dengan barang x cari lagi,, 
baju x kemas lagi,, 
dengan report ntah bile nak print,, 
dengan yuran yang x berbayar lagi,, 
dengan macam-macam lagi la,, 
risau pown ada nie fikir 2 semua,, tp yang pelik nyer uh on9 sempat aje,, hehe  tapi insyaAllah benda-benda itu semua kan settle sebelum balik pD,,




zaman muda-muda






*memikirkan apa yang akan jadi kat pD nanti,, sangat risau kerana dah lme x buka buku =_="

kerinduan :D

assalammualaikum,,


pembuka bicara setelah sekian lama tidak berbicara di dunia blog ini,, sangat kerinduan ye untuk menulis di ruangan blog ini,, almaklumlah orang buzy tidak sempat nak menjenguk blog ini,, lagipun broadband tidak berbayar,, hehe,, hurm,, rase rindu la nak menaip,, tp kenapa ye rasa kekok,,  mungkin sudah tak biase kowt,,  ok2,, kembali pada tajuk entry sai uh,, 


KERINDUAN :D,,  


ok,, actually sai rindu dengan diri sai yang dulu,, bukan tak bersyukur dengan apa yang ada,, tapi rasa macam rendah diri la pulak,, bile jumpe kawan-kawan lama,, yela,, dlu kan sai nie keding! tapi sekarang,, badan dah naik,,  rasa macam malu pulak bila mereka semua cakap,, 

"eh sai,, npe macam gemok je,, naik kowt badan ko" 

then mereka cbit la pipi nie kan,, hurm rase diri nie gemok sangat ke sampai kawan-kawan cakap macam gitu,, kadang-kadang sampai terpikir,, gemok sangat ke aku niw?? perlu ke ak nie nak diet sampai x makan nasi? perlu ke ak pergi beli ubat nak kuruskan badan,, perlu ke? rase sedih pown ada,, sampai ayah pown perasan yang sai catu makanan sai,, sebab apa catu sebab bia berat bole turun dan jadi macam dlu,,  sai sangat rindu dengan diri sai yang dlu,, tapi sai redha dengan apa yang Dia bagi kat sai,, mungkin ada hikmah,, 



*harap dapat kembali macam dulu :'(

memulakan misi ^_^

Assalamualaikum ~~~

setelah sekian lama saya mendiamkan diri dari blog ini,, akhirnye mendapat juga masa untuk saya menulis sesuatu di ruangan ini,, terima kasih encik celcom kerana memberi line yang elok di rumah ini yang menyebabkan saya bole la untuk menulis sesuatu di blog ini,, setelah selesai menjalani latihan industri selama 5 bulan,, saya dah tamat kan nyer dengan jaya nya,, sekarang ini pula masa untuk saya membuat REPORT!!! aduh! bagi pelajar-pelajar politeknik yang baru habis praktikal mesti tengah kelam kelabut kan untuk membuat report niw,, sama la seperti saya,, pening memikirkan macam mane hendak mula,, nak gune ayat apa,, huh! sangat pening,, tapi terpaksa juga untuk membuatnya agar mendapat keputusan yang cemerlang untuk praktikal ini,, kerana report ini memberikan markah yang agak tinggi juga,, mintak-mintak la lulus dengan cemerlang setelah mengharungi semua ini dengan pelbagai cabaran,, AMIN ~~~ 

sepanjang otak memikirkan apa yang hendak ditulis maka badan ini hanya dirumah,, memerap di bilik untuk mendapatkan ilham untuk menulis report ini,, memerlukan ketenteraman tanpa gangguan yang tidak sepatutnya,, sangat penat badan, mata dan otak ye,, ingin juga keluar pergi berhibur menenangkan fikiran, merehatkan badan dan segalanya,, tapi,, bila ? adakah masanya?? ini la agaknyer dugaan sepanjang buat report,, tak bole untuk bergumbira,, hurm,, mintak-mintak ada la masa yang sesuai untuk saya menenangkan diri ini,, InsyaAllah,,,

sekarang ini tengah memikirkan bila agaknya saya nak pergi ke tempat yang saya praktikal dahulu lagi ya? saya mahu meminta bantuan dari mereka untuk membuat report ini,, lagipun banyak maklumat yang saya perlu tanya pada mereka,, memang ada niat nak pergi, tapi tiada kenderaan dan masa yang mengizinkan,, tapi saya tetap kena pergi juga demi menyiapkan report ini,, mintak-mintak la dapat pergi sebelum bulan 6 ini,,

akhir sekali,, saya berdoa kepada yang Esa,, semoga semuanya berjalan dengan lancar sehingga la report ini siap dengan jayanya,, memohon juga supaya segala usaha saya mendapat ganjaran yang setimpal,, amin,,,,,





* mendoakan kesejahteraan mak,, mendoakan mak cepat sembuh dari segala penyakit,, 

Blog ini akan menyepi..

Assalammualaikum..

Firstly,s0ry ye incik bl0g..sye dh lme x update awak..sye x dapat nk on9 gne lapt0p sebb line bb niw kt umah agk lmbat..s0 sye rse bl0g niw akn menyepi selama brbulan-bulan..s0wey la..segala kesulitan tidak dapat dielakkan..lagip0wn sye bz untuk menyiapkn rep0rt LI (latihan industri)..pening kepala nak buat..h0pe akan siap dalam temp0h 2 bulan ini..cakap pasal LI,sai nk ucap ribuan terima kasih kepada KEJ0RA sebab mmbri sdkit tnjk ajar kpada sye..thanks c0z bg markah y baik utk sye..h0pe dapat kptsn y cemerlang utk LI niw..

*bl0g ini akan diupdate ble sye ad mse..maaf ku pinta..

buzy di saat-saat akhir ~~

Assalamualikum  ~~~


disaat-saat akhir ini saya semakin banyak kerja untuk dilakukan,, mereka semua ingin saya menaburkan bakti disaat akhir berpraktikal dengan memberikan saya kerja mengemas kini semula semua fail-fail usahawan yang ada,, sangat-sangat banyak dan sangat-sangat pening kepala ok nak buat semua ini,,


sebab apa pening,, sebab fail-fail yang ada dulu sangat-sangat serabut,, bercampur-campur suratnyer,, macam-macam surat ada dalam satu-satu fail,,sekarang ini saya perlu mengasingkan kesemua  surat yang ada kepada dalam satu fail khas bg setiap usahawan yang ada,, bukan lagi dicampur dalam satu fail,, ini dibuat bagi memudahkan pihak company memantau pihak usahawan atau penyewa kilang iks dan bengkel dari segala aspek,,


diatas meja ini banyak sangat fail-fail yang perlu dikemaskini,, ada fail-fail lama yang dicari x dijumpai,, ntah hilang kemana fail-fail tersebut,, kene makan ngan ap pown saya x tau,, habis geledah almari yang menyimpan fail dan bilik fail utnuk mencari fail-fail ini,, actually, sistem fail kat sini x terator,, sangat serabot,, rase macam nak cakap suruh kemaskini sistem fail kat agensi ini,, susah la kowt lau sistem fail kat sini macam nie selamaya,,


ok,, malas nak cakap panjang-panjang,, mari tgok keadaan meja saya ye,, hehe,, 


-
-
-
-
-
-
saksikanlah ye !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




ini sahajalah untuk tatapan hari ini,, hahaha

hitung dan terus menghitung ^_^

Assalamualaikum ~~

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya peluang sekali lagi untuk menghirup udara yang segar ini,, "Thanks God " ..

hitung dan terus menghitung mungkin akan juga dilakukan oleh rakan-rakan yang tidak berapa nak serasi bila menjalani praktikal ni,,
tidak saba nak habiskan waktu ini,,
tinggal lagi seminggu,,
sangat x sabar nak tunggu tarikh 29/4/2011,, tarikh yang akan menggembirakan saya,,
tapi masih dalam dilema untuk menyiapkan laporan,, huh!
Tension !

tapi saya sangat rindu nak jumpe kawan-kawan saya,,
kawan-kawan rumah saya ,,
yang di lorong 2 taman poli uh,,
saya rindu nak duduk satu rumah dengan mereka,,
rindu nak tido sama-sama,,
rindu nak makan sama-sama,,
rindu nak pergi kelas sama-sama,,
rindu nak masak sama-sama,,
rindu nak memekak sama-sama,,
rindu nak pergi karaoke sama,,
rindu dengan anor sebab kegedikan beliau ketika berbicara yang ala-ala budak kecil itu,,
rindu dengan nabila yang suka menyumbangkan suara die tidak kira sama ada malam atau siang,,
rindu dengan syera yang suka membebel-bebel itu,,
rindu dengan kerenah intan,,
rindu dengan roza yang keding itu,,
rindu dengan yana yang apabila tgok hp sambil senyom,,
rindu itu semua,,
rindu nak sewa kete g jalan-jalan ngan mereka,,
pergi melaka untuk cuci mata dan menderma duit,,
rindu nak pergi pantai sama-sama,,
rindu nak pergi pasar malam sama-sama,,
rindu nak pergi pekan sama-sama menaiki teksi pak cik uki itu,,
rindu nak bersihkan rumah sama-sama setiap hari jumaat,,
rindu nak duduk-duduk depan umah sama-sama,,
rindu nak bergelap sama-sama waktu x de karen,,
rindu nak tgok korang makan banyak-banyak,,
sangat-sangat rindu ngan kerenah korang semua,,
rindu tanpa terkata,, 










*bila la nak tiba tarikh 4/7/2011

aku TERUJA,, aku SEDEY,, aku GERAM !!

Assalamualaikum ~~

firstly nak ckp kat awak,,
 hepy bufday kat awak,,
maaf agak lewat,, 
sebab bufday awak semalam,, 
tapi apa-apa pown semoga awak panjang umo,, 
dimurahkan rezeki,, 
ditetapkan iman, 
dipanjangkan umornyer,, 
moge awak dapat capai ap yang awak nak ye,, 
gud luck for evrythg ye,,
saya sayang awak macam saya sayang kawan-kawan saye yang lain,,
sowey x de hadiah untuk awak ye,, heheh
cume ade kek ini je,, hehe



yang keduanyer,,
saya masih dalam proses untuk memotivasikan diri dari segala aspek,,
saya pown nak mintak maaf kat awak sebab wat awak selalu terasa dengan saya,,
saya bukan sengaja x nak layan awak,,
tapi saye ad masalah yang x dapat nak diatasi,
saya tau awak perasan dengan perubahan saya layan awak,,
tp sorry,,
saya x bole nak layan awak macam biase,,
sebab saye keliru dengan diri ini,,
tp saya pki sebab nape perlu mara awak,,
saya dah tau,,
tp sebab uh agak la tidak munasabah,,
tp saya janji saya akan selesaikan masalah ni secepat mungkin sebelom awak balek jumpa saya,,
saya mintak maaf sangat2 ye awak,,



yang ketiganyer ,,
perasaan geram menyelubungi diri,,
sebab ape,,
sebab ad seorang makhluk Allah ni balek Johor x ckap,,
ptot la message saya dengan macam-macam message yang agak pelik,,
tanya itu ini,,
sangat pelik,,
tp macam dpt rase die ad kat johor,
then semalam die call,, tp x smpat angkat sebab baru lepas mandi,,
then call balek tanyer kenapa call,,
then die kate saje,,
die tnyer ngah watpe,, ckp la bru pas mandi,, then tnyer die dah mndi blom,,
die cakap dah,,
die kate mndi kat laut,,
kat Jason Bay,,
tapi saya x tau katne tempat itu,,
n die cakap tempat uh kat Johor la,,
saya pelik,,
budak nie balik johor ke?
saya nak pastikan lokasi itu saya tanya la kat family saya,,
tapi semua x tau,, agak la hampa ye disitu,,
sampai la malam mencari dimana lokasi itu,,
then sampai la masa die msg dan cakap Jason Bay itu berada di Tanjung Sedili,,
saya pown menjerit seorang diri kat bilik sebab geram ngan die balek johor x cakap,,
dah balek umah sne balik bru gtau,, aku geram,,
then call die x angkat sebab ngah bergayut ngan orang lain,
then die tepon balek,,
dan die hanyer gelak-gelak ketawakan saya sebab sangat geram ngan die,
die kate saje x nak gtau yang die balek johor sebab takot jadi topik hangat kat MELODI!,
huh ! tolong la ye,, muahaha,,
tapi memang sangat geram kat die,, sangat-sangat geram,,
macam nak cepuk2 je muke die,, nasib die jauh,,
lau x dah kne cepuk,,  xtau la telige die pakak ke x sebab ak men jerit-jerit,, padan mke die,,
tp masih GERAM sampai sekarang,,
tp dah x bole nak watpe,,
sebab die dah balek sne dah,,
huhuuhu,, reda jela,, hehehehe
agaknyer ni la Jason Bay nie,,
haha,, jakun nyer saya,,



*eh kau,, betol ke nie Jason Bay nyer,, muahahah

kerungsingan :(

diriku mengalami kerungsingan ,

aku memerlukan seseorang untuk ku ceritakan kerungsian ini ,

aku sudah telah sanggup untuk menerima dugaan ini ,

berat bagi seorang perempuan yang berumur 20-an ,

aku mengharapkan nasihat seseorang ,

tapi aku tidak tahu mana perginya orang itu ,

mendiamkan diri tanpa khabar berita ,

rasa sangat sedih tiada tempat untuk mengadu selain daripada keluarga ,

aku sedih mengenangkan keadaan sebegini ,

aku hanya memerlukan nasihat dan bimbingan darimu ,

rindu dengan suara bebelan kamu ,

rindu dengan kemarahan kamu *tetapi takut ,

rindu segala-galanya tentang diri kamu ,

tidak tahu sama ada kau tahu atau tidak ,

aku masih menunggu untuk menerima nasihat daripada kamu ,

tiap-tiap masa aku tetap runsing memikirkan tentang itu dan ini tentang diri ini ,

apakan daya diriku yang lemah ini ,

tidak bermaya untuk begini lama di dunia ,

aku merasa agak jatuh mengenangkan nasib diri ,

sampai bila harus begini ,

hanya mengharapkan keajaiban dariMu ,


*tiada cahaya yang dapat menerangi diri ini